Friday 10 April 2009

Final Camp. Day Four.

Hari ini, kumpulan Tasik Chini menjalankan aktiviti camp craft dan mountain biking di sebelah pagi dan aktiviti low rope course disebelah petang. Kumpulan saya dimarahi oleh Cik Yazilah, walaupun bukan salah kami menyediakan sarapan yang ringan, kami redha. Setelah menyiapkan kerja kami, kami ke tempat aktiviti seterusnya.
Kami diberi taklimat oleh fasilitator dan terus menjalankan aktiviti, memang mencabar ketahanan kami. Aktiviti ini menguji ketahanan fizikal dan mental secara keseluruhannya.
Aktiviti low ropes course. Ketika inilah kami perlu mengaplikasikan segala kemahiran tali kami dalam menyiapkan courses yang bakal kami lalui. Multiple vines, monkey cross, high postman walk dan swinging tyres antara courses yang kami sediakan. Sokongan daripada rakan sepasukan amat penting bagi mengelakkan kecederaan atau pun malapetaka yang tidak diingini. Aktiviti ini antara yang banyak mengajar kita tentang nilai-nilai moral selain mencabar ketahanan dan kesabaran diri.
Post mortem. Kali ini post mortem boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Rakan kami Iqbal, Intan dan fasilitator kami allison dilelong. Emosi kami dipermainkan bagi melihat sejauh mana nilai persahabatan dan kerjasama dalam kalangan kami. Kumpulan kami amat merasai kehilangan Intan.
Setelah 'drama' selesai, aktiviti treasure hunt pula menyusul. Aktiviti ini banyak menguji minda, kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kritis dan kreatif selain daripada skil komunikasi. Sangat Menarik. :)

No comments: